Akaun yslestariwebinar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

NEWSLETTER YAYASAN STRATEGIK LESTARI

NEWSLETTER YAYASAN STRATEGIK LESTARI

Newsletter Bahasa Melayu Tentang Kelestarian, PERTAMA di Malaysia!

Siapa YSL?

Yayasan Strategik Lestari merupakan sebuah institusi penyelidikan yang menjadikan isu kelestarian dan alam sekitar sebagai fokus utama kami.


Apa yang YSL buat?

Sebagai sebuah institusi penyelidikan, kami menjalankan kajian dan pembangunan polisi, analisis dan cadangan strategik untuk perbahasan di Parlimen. Hasil kajian ini diterbitkan dan dihebahkan untuk bacaan umum agar masyarakat semakin celik tentang isu kelestarian dan alam sekitar di Malaysia.


Apa produk YSL?

Setiap minggu, kami menerbitkan siri rangkuman isu semasa meliputi bidang ekonomi, geopolitik, pertanian, kesihatan dan pelbagai lagi; dinamakan sebagai NEXUS.


Tidak cukup dengan rangkuman isu semasa, kami turut memperkenalkan e-majalah NEXUS+ yang tertumpu kepada penulisan artikel ilmiah hasil karya oleh ahli akademik dan pemain industri berdasarkan bidang kepakaran mereka.


Kami juga menampilkan tokoh politik dan korporat yang terkemuka menerusi program advokasi secara berkala seperti webinar, bengkel dan podcast.


   


Subscribe hari ini!
Anda pasti tidak mahu ketinggalan dengan kesemua ini; akses kepada individu yang hebat-hebat, info nasional dan global terkini serta ilmu berharga yang sukar untuk ditemui di tempat lain.


Dan kami sampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu! Bahasa kebangsaan kita, bahasa yang boleh difahami oleh seluruh lapisan umur dan masyarakat.


Paling penting sekali, kami mahu berikan semuanya secara PERCUMA! Ya, anda tidak salah baca, PERCUMA.


TAPI


Tidak dinafikan, untuk kami lakukan kerja-kerja ini memakan tenaga dan kos. Kerja penyelidikan, menulis, design. Kos penerbitan, sewaan studio, selenggara website dan pelbagai lagi.


Kami tidak meletakkan nilai tertentu berapa yang anda boleh bayar. Cukup dengan menilai impak daripada usaha kami ini kepada negara, kepada dunia.


Hari ini kami masih kecil, mana tahu dengan hasil sumbangan anda akan meletakkan Yayasan Strategik Lestari sebagai sebuah insitusi penyelidikan yang terkemuka kelak.


Jadi, boleh teruskan dengan pendaftaran dan setiap minggu anda akan menerima newsletter daripada kami.