WEBINAR LESTARI 2024 - KETERJAMINAN MAKANAN: DIMANAKAH MALAYSIA?
PENGENALAN
Penganjuran webinar ini bertujuan menyelidiki cabaran dan potensi pasca COVID-19 serta dasar Kerajaan Madani di dalam keseluruhan rantaian makanan yang melibatkan industri pertanian sehingga ke produk hiliran (fokus kepada subsektor tanaman dan ternakan).
Selain daripada kerajaan persekutuan sebagai penjaga (custodian) dasar-dasar pertanian, kerajaan negeri, petani (SME) dan komuniti dilihat berhadapan dengan cabaran yang pelbagai seperti kekurangan peruntukan, lanskap pelaburan yang tidak menarik dan pelbagai lagi. Dan ini memerlukan pengetahuan dan pembangunan kapasiti yang terancang, teratur dan cekap.
Yayasan Strategik Lestari (YSL) berbesar hati ingin membuka ruang bertukar-tukar fikiran dan pandangan bagi mencapai tiga hasrat utama iaitu, melahirkan petani bermaruah, pemerkasaan institusi dan mencapai kedaulatan industri makanan melalui perkongsian pandangan daripada pakar-pakar di dalam industri pertanian. Kami juga terbuka untuk mendapatkan cadangan untuk penandaarasan daripada panel bagi kajian lanjut.
WEBINAR INI AKAN MENGUPAS LEBIH LANJUT TENTANG:
- Apakah peluang dan cabaran industri pertanian terkini?
- Dimana kekuatan dan kelemahan rantaian nilai industri makanan negara?
- Sejauh mana persaingan pasaran membantu industri makanan?
- Apakah peluang yang boleh diraih daripada cabaran perubahan iklim?
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh: 17 Januari 2024 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat: Online melalui Zoom (Link akan diberikan kemudian)
Peserta: Terbuka kepada umum
PANEL
Dato’ Mohd Anim Hosnan
Bekas Timb. Ketua Pengarah (Pembangunan Industri & Pengembangan),
Jabatan Pertanian Malaysia