Akaun yslestariwebinar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS 2024)

Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan dan Kelestarian (SEACOFSS 2024)
Ayuh Sertai SEACOFSS 2024

Yayasan Strategik Lestari (YSL) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Persidangan Asia Tenggara Mengenai Keterjaminan Makanan Dan Kelestarian (SEACOFSS 2024) dengan tema ‘Keterjaminan Makanan yang Mampan dengan Penyelesaian Pintar Iklim’. Ia bakal diadakan pada 17 November 2024 (Ahad) di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. 

Persidangan ini akan membincangkan isu-isu kritikal berkaitan keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar dengan menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, dan pemain industri daripada seluruh Asia Tenggara.  Seterusnya, di akhir persidangan ini diharapkan ia akan menjadi platform penting bagi membangunkan kerjasama strategik di rantau ini. 

Kenapa Anda Perlu Sertai SEACOFSS 2024:

  1. Penyelesaian Terkini: Terokai trend, teknologi, dan dasar terkini yang membentuk masa depan sekuriti makanan dan kelestarian di Asia Tenggara. Dapatkan pandangan mengenai penyelesaian dunia nyata yang boleh memberi impak kepada masa depan rantau ini.

  2. Panel Pakar & Sesi Ucaptama: Belajar daripada pakar-pakar jemputan kami melalui sesi pembentangan dan ucaptama mengenai isu sekuriti makanan.

  3. Jaringan Profesional: Temui dan berhubung dengan para pemain industri, penyelidik, dan pembuat dasar dalam dan luar negara. Peluang membina kerjasama strategik dan mengembangkan rangkaian profesional anda untuk membantu memacu penyelesaian dimasa depan.

  4. Penerbitan & Pengiktirafan: Kongsikan hasil penyelidikan anda kepada kami dan berpeluang untuk menerbitkan karya anda dalam penerbitan dan jurnal WOS-indeks. SEACOFSS 2024 juga menawarkan sijil pengiktirafan kepada pembentang yang menunjukkan sumbangan berkualiti dan berimpak tinggi.

Apa Yang Menanti Anda di SEACOFSS 2024?

  • 11 Ucaptama: Dengar perkongsian dari  pakar terkemuka mengenai isu perubahan iklim dan sekuriti makanan.

  • 10 Tema Sesi Selari: Peluang menyertai sesi pembentangan solusi semasa daripada para pembentang berdasarkan kajian-kajian terkini. 

  • Sesi Sidang Meja Bulat: Sertai sesi perbincangan khas bersama para pakar dan bertukar idea berkenaan strategi memperkukuh kelestarian pertanian di Asia Tenggara. (Terhad 30 penyertaan sahaja)


Kategori dan Yuran Penyertaan

A) Pembentang

PENYELIDIK TEMPATANPENYELIDIK LUAR NEGARA
RM 650.00  $300 USD

B) Peserta

Kumpulan Profesional         Pelajar                       
RM 200.00 (Tempatan)RM 100.00 (Tempatan)
$60 USD  (Antarabangsa)$60 USD (Antarabangsa)

* Penyertaan secara berkumpulan (5 orang) bagi kategori profesional tempatan ialah RM900.00, dan RM400.00 bagi kategori pelajar tempatan berkumpulan (5 orang)
* (International) Kindly use this google form to register your participation if you have problem with the payment  
https://bit.ly/regseacofss


Jangan Lepaskan Peluang ini!
Sama ada anda seorang penyelidik, pelajar, profesional industri, atau seseorang yang berminat dalam isu sekuriti makanan, SEACOFSS 2024 bakal menyediakan peluang untuk anda belajar, berhubung, dan memberi pengalaman bermakna. Ayuh bersama kita memacu dasar, penyelidikan, dan inovasi yang diperlukan bagi menjamin masa depan sekuriti makanan yang lebih mampan di Asia Tenggara.


Kunjungi seacofss.com atau ikuti kami di facebook.com/seacofss untuk mendapatkan berita terkini dan maklumat lanjut mengenai persidangan ini. 

Kami menantikan kehadiran anda di SEACOFSS 2024!


"Keterjaminan Makanan yang Mampan dengan Penyelesaian Pintar Iklim"


* Sebarang permasalahan, sila hubungi Cik Hanisah melalui email hanisah@yslestari.org.my.
* Sila ambil maklum, persidangan ini akan mengunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama.